VPS

Apa itu VPS?

VPS - Virtual Private Server secara mudahnya adalah komputer/server desktop kita yang berada di tempat lain dilengkapi dengan sambungan internet 24jam. Setelah proses penyewaan dilakukan dari pengeluar VPS, kita akan diberikan IP address dan password utk masuk ke ftdalam VPS kita dengan menggunakan Remote Desktop Connection dari pc/laptop kita. Setup MT4 didalam VPS sepertimana apa yg kita lakukan pada pc/laptop kita seterusnya aktifkan EA/robot anda pada MT4 yg berada di dalam VPS. Dengan adanya VPS anda tidak perlu lagi running EA pada pc/laptop anda lagi 24jam x 5 hari seminggu. Anda hanya monitor pergerakan EA melalui handphone shj.

Antara kelebihan2 jika anda menggunakan VPS kami

1. Stabil - Tidak perlu risau lagi jika berlaku gangguan elektrik di rumah kita. VPS masih berjalan seperti biasa kerana vps berada ditempat lain.

2. Masalah komputer/laptop - Tanpa VPS anda terpaksa membiarkan pc/laptop anda berjalan 24jam. Kemungkinan besar daya tahan pc/laptop anda boleh rosak disebabkan 24jam x 5 hari dibiarkan on tanpa henti. Jika ini berlaku sudah tentu mengganggu perjalanan EA atau robot anda dalam melakukan trading.

3. Anda boleh bebas kemana sahaja - Tidak perlu lagi memikirkan ttg akaun EA anda kerana VPS telah membantu anda utk melakukan trading walaupun ketika anda tidur.

4. Harga yang berpatutan - Harga yg ditawarkan kebanyakan pengeluar2 VPS berpatutan berbanding keuntungan yang ada dapat dari hasil trading EA. Anda boleh memilih kadar bayaran yang mampu dibayar dari pengeluar2 VPS yg ada.

5. Internet - Dengan menggunakan VPS anda tidak perlu risau lagi masalah sambungan internet yang perlahan atau terputus2 disebabkan masalah cuaca atau sebagainya.VPS telah dilengkapi internet yang stabil dan jarang berlaku gangguan talian.

Jadi sekiranya anda benar2 ingin menggunakan EA/robot sepenuhnya saya nasihatkan untuk menyewa VPS untuk mengelakkan sebarang gangguan akaun trading anda dan mengganggu pergerakan EA yang anda gunakan